Saturday, May 17, 2014

TIPS MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

Pernah tak bila suatu pagi anda menyikat rambut anda dan anda dapati segumpal rambut anda melekat di sikat rambut anda?
Kalau ya, ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH RAMBUT GUGUR!
Rambut adalah mahkota wanita. Bila rambut anda banyak yang gugur setiap kali anda menyikat rambut tentu sesuatu YANG MENCEMASKAN, kan?
Apakah Punca Rambut Gugur?
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
1) Melahirkan anak
 Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

2) Penyakit tiroid
 Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
3) Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
4) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
5) Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
6) Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Supplement apakah yang membantu mengatasi masalah ini?
Vitamin yg diperlukan untuk mengatasi masalah ini adalah:

ESP
97% daripada rambut adalah protein. Protein mengandungi 9 drp 22 asid amino yg diperlukan oleh badan terutamanya rambut. Pertumbuhan , kekuatan serta kecantikan rambut bergantung kepada jumlah protein yg diambil. Kurangnya protein menyebabkan rambut mudah pecah (terbelah), kering , rapuh serta kusut dan kesat.

Zinc
Kekurangan galian zinc dalam badan juga membantu kepada faktor rambut yang tidak sihat kerana Zinc menggalakkan pertumbuhan rambut.
Kekurangan zinc menyebabkan protein rambut mengalami kecacatan/perubahan. Ia juga mengakibatkan masalah kulit kepala yang tidak sihat sehingga membawa ke keadaan yang menyebabkan botak. Zinc juga mengelakkan rambut bertukar ke warna putih (uban).

Vitalea
Multivitamin juga diperlukan untuk mendapatkan rambut sihat kerana ianya lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi membantu pengaliran darah yang lebih baik bagi menjamin penghantaran optimum nutrisi kepada folikel rambut. Tanpa tahap yang mencukupi rambut boleh menjadi rapuh, kering, dan kekurangan gizi. serta meningkatkan lagi tahap keguguran rambut.

B Complex

Antara kebaikkan pengambilan B complex adalah:

1. Vitamin B3 atau Niasin meningkatkan peredaran darah sihat ke akar rambut.
2. Vitamin B5 atau asid Pantothenic untuk mencegah rambut yang mulai memutih dan rambut gugur dengan penghasilan rambut baru untuk menggantikan yang lama.
Sebahagian besar diet khas yang terdiri daripada telur, biji-bijian dan daging sudah kaya B5.
3. Vitamin B6 atau Pyridoxine apabila digunakan bersama-sama dengan zinc telah ditunjukkan untuk mengawal pembentukan androgen DHT yang bertanggung jawab dalam melemahkan akar rambut.
4. Vitamin B7 atau biotin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit kepala. Anda sering melihat ini di shampo dan produk penjagaan rambut lain yang mendakwa biotin sebagai bahan aktif.
5. Vitamin B12 mempromosi dan mengekalkan tahap metabolisme pada peringkat sel untuk mengaktifkan folikel rambut untuk lebih menyerap nutrisi dari peredaran darah.
vitamin B3 dan B12 menggalakkan pertumbuhan folikel. vitamin B yang diambil secara gabungan ini dapat mengelakkan rambut gugur. Ia penting untuk memelihara ketahanan

Vita -C
Kekurangan elemen penting ini akan membuat rambut anda lebih terdedah kepada kerosakan, putus dan gugur. Hal ini kerana vitamin C bertanggung jawab untuk menjaga kekuatan dan ketahanan rambut anda terhadap persekitaran yang tidak sihat. Kapilari darah yang sihat akan memudahkan darah disalurkan ke folikel rambut. Stress juga akan mengakibatkan keguguran rambut




Bagi anda yang kekangan budget, bolehlah mengambil vitamin basic iaitu, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc. Bagi yang mampu dan ingin mendapatkan mahkota yg cantik berseri…bolehlah mengambil pakej seperti di atas bagi mendapatkan kesan yg optimum.
Belum cuba belum tahu!
Harga : Mampu Milik! Tawaran istimewa.. Harga Istimewa! PM saya segera..
Hubungi 017-9095641(lieya) dan  Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!!!
fb: https://www.facebook.com/zalyana.amiera




No comments:

Post a Comment