Saturday, May 17, 2014

Siapa yang perlukan MealShake?

1. Anak-anak yang susah nak makan terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese atau y memilih makan
 

2. Orang dewasa yang tak sempat nak breakfast ( mealshake sangat sesuai sebab ada complete nutrition)
 

3. Ibu mengandung yang alahan teruk..(tak boleh nak makan asyik muntah2)
 

4.Anak kecil yang sering demam dan selsema (bagus untuk menguatkan sistem imun badan)
 

5. Sangat sesuai di ambil untuk anak2 yang obes atau berat badan berlebihan
Sesuai utk semua kanak2 .
 

6.Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik,ingin kekal sihat khususnya yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Mealshake ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat.
 

7. Mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

Hanya 120 kalori dalam setiap hidangan. Boleh ditambah ke dalam jus, protin soya atau ape-ape minuman sahaja...dan sedap diminum sejuk atau suam.. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur...



Ini antara testimoni penguna mealshake







Harga : Mampu Milik! Tawaran istimewa..(PROMOSI BUY 6 FREE 1)
 Harga Istimewa! PM saya segera..
Hubungi 017-9095641(lieya) dan  Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!!!
fb:https://www.facebook.com/zalyana.amiera

Berapa Banyakkah Keperluan Air Untuk Badan Anda? Cuba kira!

Memang ramai yang mengamalkan diet untuk kelihatan lansing, ada juga yang dah berjaya, tapi “apa yang berlaku”??? Badan jadi tak seimbang, ada yang terlampau kurus dan yang paling tak best, kalau dah berhenti diet berat badan naik balik.
Jadi untuk seimbangkan berat badan sekaligus dapat bentuk badan yang ideal, anda memerlukan air yang cukup. Air boleh meningkatkan metabolisme dalam badan seterusnya membantu dalam proses pembakaran kalori, sebab itu boleh kurus.

Berapa Banyak Kita Kena Minum Air?      
Hah, soalan yang bagus! Senang jer…ikutilah formula eksklusif seperti dibawah;


Formulanya: 1) Jumlah air kosong yang perlu diminum dalam sehari = (40 X berat badan anda)+ 500ml
Contoh:
Berat badan saya ialah 80 (bukan berat sebenar yer.)
 (40 X 80) + 500 =3700ml
Bermakna saya perlu minum 3.7 liter air kosong dalam sehari
2) Minum air kosong sekali ganda dengan air manis yang diminum
Contoh:
Kalau anda minum teh tarik segelas, jadi anda kena tambah segelas lagi air kosong untuk seimbangkan berat badan, kiranya neutralkan balik. Jika anda amalkan, insya Allah anda akan dapati;
1) Kurang rasa lapar, yang paling penting selera makan pun berkurang, walaupun ayam golek depan mata
2)Buah pinggang dapat air yang cukup untuk proses pembakaran gumpalan lemak (penting nii!!)
3)Berat badan jadi seimbang, tidak terlalu kurus dan tidak telalu gemuk.
sumber: cerita ilmu

Suka juga ingin peringatkan yer…bagi ibu-ibu yang menyusukan anak..anda semua kena lebihkan lagi air dari kiraan tadi. Ini adalah kerana sebahagian air yg anda consume tu digunakan untuk generate susu…semakin kerap anda menyusu atau anda memerah susu untuk bayi anda, anda kena tambahkan lagi consume air sebagai gantian.
Jadi tak payah la bersusah-susah buang duit pergi ke salon yg mahal2 untuk jalani proses buang lemak yg belum tentu selamat untuk badan kita ni…Amalkan pemakanan vitamin yang sesuai dan minum air secara ideal. Anda akan dapati anda akan KEKAL SIHAT dan KEKAL LANGSING.
…dan tentunya BONUS untuk ibu-ibu menyusu kerana ANDA AKAN TETAP AKAN LANGSING!
Ingin tahu apakah pemakanan tambahan yg sesuai untuk anda kekal sihat walaupun menjalani program diet untuk kelangsingan, boleh dapatkan Konsultansi dari saya secara PERCUMA.
CUBA KIRA BERAPAKAH KEPERLUAN AIR ANDA?

salam sayang,
zalyana amiera
TIPS MENGATASI MASALAH RAMBUT GUGUR

Pernah tak bila suatu pagi anda menyikat rambut anda dan anda dapati segumpal rambut anda melekat di sikat rambut anda?
Kalau ya, ANDA SEDANG MENGHADAPI MASALAH RAMBUT GUGUR!
Rambut adalah mahkota wanita. Bila rambut anda banyak yang gugur setiap kali anda menyikat rambut tentu sesuatu YANG MENCEMASKAN, kan?
Apakah Punca Rambut Gugur?
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
1) Melahirkan anak
 Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

2) Penyakit tiroid
 Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
3) Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
4) Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
5) Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
6) Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Supplement apakah yang membantu mengatasi masalah ini?
Vitamin yg diperlukan untuk mengatasi masalah ini adalah:

ESP
97% daripada rambut adalah protein. Protein mengandungi 9 drp 22 asid amino yg diperlukan oleh badan terutamanya rambut. Pertumbuhan , kekuatan serta kecantikan rambut bergantung kepada jumlah protein yg diambil. Kurangnya protein menyebabkan rambut mudah pecah (terbelah), kering , rapuh serta kusut dan kesat.

Zinc
Kekurangan galian zinc dalam badan juga membantu kepada faktor rambut yang tidak sihat kerana Zinc menggalakkan pertumbuhan rambut.
Kekurangan zinc menyebabkan protein rambut mengalami kecacatan/perubahan. Ia juga mengakibatkan masalah kulit kepala yang tidak sihat sehingga membawa ke keadaan yang menyebabkan botak. Zinc juga mengelakkan rambut bertukar ke warna putih (uban).

Vitalea
Multivitamin juga diperlukan untuk mendapatkan rambut sihat kerana ianya lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Zat besi membantu pengaliran darah yang lebih baik bagi menjamin penghantaran optimum nutrisi kepada folikel rambut. Tanpa tahap yang mencukupi rambut boleh menjadi rapuh, kering, dan kekurangan gizi. serta meningkatkan lagi tahap keguguran rambut.

B Complex

Antara kebaikkan pengambilan B complex adalah:

1. Vitamin B3 atau Niasin meningkatkan peredaran darah sihat ke akar rambut.
2. Vitamin B5 atau asid Pantothenic untuk mencegah rambut yang mulai memutih dan rambut gugur dengan penghasilan rambut baru untuk menggantikan yang lama.
Sebahagian besar diet khas yang terdiri daripada telur, biji-bijian dan daging sudah kaya B5.
3. Vitamin B6 atau Pyridoxine apabila digunakan bersama-sama dengan zinc telah ditunjukkan untuk mengawal pembentukan androgen DHT yang bertanggung jawab dalam melemahkan akar rambut.
4. Vitamin B7 atau biotin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit kepala. Anda sering melihat ini di shampo dan produk penjagaan rambut lain yang mendakwa biotin sebagai bahan aktif.
5. Vitamin B12 mempromosi dan mengekalkan tahap metabolisme pada peringkat sel untuk mengaktifkan folikel rambut untuk lebih menyerap nutrisi dari peredaran darah.
vitamin B3 dan B12 menggalakkan pertumbuhan folikel. vitamin B yang diambil secara gabungan ini dapat mengelakkan rambut gugur. Ia penting untuk memelihara ketahanan

Vita -C
Kekurangan elemen penting ini akan membuat rambut anda lebih terdedah kepada kerosakan, putus dan gugur. Hal ini kerana vitamin C bertanggung jawab untuk menjaga kekuatan dan ketahanan rambut anda terhadap persekitaran yang tidak sihat. Kapilari darah yang sihat akan memudahkan darah disalurkan ke folikel rambut. Stress juga akan mengakibatkan keguguran rambut




Bagi anda yang kekangan budget, bolehlah mengambil vitamin basic iaitu, Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc. Bagi yang mampu dan ingin mendapatkan mahkota yg cantik berseri…bolehlah mengambil pakej seperti di atas bagi mendapatkan kesan yg optimum.
Belum cuba belum tahu!
Harga : Mampu Milik! Tawaran istimewa.. Harga Istimewa! PM saya segera..
Hubungi 017-9095641(lieya) dan  Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!!!
fb: https://www.facebook.com/zalyana.amiera




Tips Persediaan Dalam Penyusuan

Malam ni lieya nak terangkan beberapa tips persediaan yang perlu ibu-ibu tahu sebelum menjayakan penyusuan.

 

1.   Breast pump
Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.
Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian ibu-ibu. Sepanjang saya menyusukan anak ke 2 saya, saya menggunakan Brand Medela Free Style (bateri & elektrik) dan Medela Harmony (Manual).
2.   Bekas penyimpanan susu perahan
Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut:
·        Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A).
·        Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu.
·        Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang.
Tips :
Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.
3.   Melabel EBM
Perahan susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai butiran seperti berikut :
- Tarikh perahan (guna susu yg terdahulu)
- Waktu perahan (guna susu yg terdahulu)
- Kuantiti susu yg diperah
- Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
Tips :
Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung  kepada berapa banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak diminum.

4.   Tempat Penyimpanan EBM
Pada suhu bilik
Jika bilik tidak ber air cond (25ºC – 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.
Jika bilik ber air cond (15ºC – 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.
Fridge/Freezer
Tips :
·        Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
·        Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
·        Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.
·        Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.
5.   Cara penyimpanan
Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut:
Di pejabat
·       Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku.
·       Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi.
·       Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.
Di rumah
·       Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
·       Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM.
·       Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu.
 Contohnya,
Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika sehari anda Berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja, apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.
Peringatan!
- Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk).
Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.
- Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya.
Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Sekian dahulu untuk waktu ini..
Salam Sayang,

Friday, May 16, 2014

PERLU KE KALSIUM??

Assalamualaikum semua....
TOPIK hari ni tentang KALSIUM yer kawan-kawan... APA sebenarnya KALSIUM ni? PERLU ke KALSIUM ni? PENTING ke KALSIUM ni? Apa KELEBIHAN yang ada dengan KALSIUM ni? Oohhhh KALSIUM!!!!!
OK... Jom kita tengok apa itu KALSIUM? Biasa kalau sebut KALSIUM je mesti kita akan terbayang iklan SUSU dan TULANG yang sihat kan? Macam iklan anlene nak cegah osteoporosis tu... Pastu terbayang TULANG RETAK RAPUH kan? TAPI berapa ramai yang ambil SERIUS? Sebab masalah kerapuhan tulang biasa berlaku dan menyerang kita pada usia agak lewat... Muda-muda tulang kuat lagi kononnya.. So tak ambil kisah sangat pon... Betol tak??
Jom tengok antara FUNGSI KALSIUM dalam kehidupan seharian kita:
1. kekalkan KESIHATAN TULANG & GIGI
2. cegah OSTEOPOROSIS (tulang REPUT)
3. bantu pengecutan otot JANTUNG
4. hantar maklumat SARAF & PEMBEKUAN DARAH (ringankan STRESS)
5. legakan PEDIH ULU HATI
6. bantu atasi masalah KEJANG & KEBAS
7. baiki masalah HAID
8. bantu individu yang ada masalah DARAH TINGGI
9. bantu PENYEMBUHAN LUKA
PENTING ke KALSIUM ni?
Sebenarnya sebahagian besar daripada kalsium dalam badan kita ni ada di TULANG & GIGI... Sebab tu asal sebut kalsium jer mesti terbayang untuk tulang dan gigiyang KUAT... Dan sejumlah kecil kalsium didapati dalam aliran DARAH untuk bawa NUTRIEN memasuki membran sel untuk hasilkan HORMON & ENZIM untuk kawal atur proses PENCERNAAN & METABOLISME.. 
Ini bermakna KALSIUM perlu SENTIASA berada dalam aliran DARAH untuk "dia" jalankan tugas kan? TAPI kalau kalsium TAK MENCUKUPI untuk "bekerja", badan akan ambil kalsium daripada TULANG.. Kalau dah amek kalsium dari tulang jer dah tentulah kandungan kalsium dalam tulang akan BERKURANGAN... Dan ini akan mendorong kita untuk berisiko OSTEOPOROSIS yer kawan-kawan!!!!
KEPERLUAN HARIAN kalsium bagi DEWASA antara 1000-1200 mg... Tak kisahlah daripada sumber PEMAKANAN harian (susu, ikan salmon, keju, kailan, brokoli) ataupun MAKANAN TAMBAHAN... Tapi Lieya TAK MAMPU nak bergantung kepada diet harian untuk TOPUP KALSIUM.... Sebab tu Lieya ambil OSTEMATRIX sebagai ganti!!!
KENAPA Lieya ambil OSTEMATRIX? SEBAB dengan pengambilan kalsium yang CUKUP SETIAP HARI akan bantu KEKALkan jumlah kalsium dalam darah dan semestinya KEHILANGAN KALSIUM daripada tulang dapat DIELAKKAN... In sya Allah... Lepas amalkan tak de
lagi bunyi tulangku kriuk-kriuk...
Jom cegah OSTEOPOROSIS dari AWAL sebelum TERLAMBAT!!!!

Harga : Mampu Milik! Tawaran istimewa.. Harga Istimewa! PM saya segera..
Hubungi 017-9095641(lieya) dan  Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!!!

INDAHNYA BER"SHAKLEE"

INGIN HIDUP DI ZON SELESA

lieya join shaklee nak tambah income..mula 3 angka je..tp bila dapat lebih,perasan ingin berjaya kian membara.. Dah tak larat jadi kuli orang,kerja siang malam utk dapatkn 1k...Alhamdulillah,Allah msih cukupkan rezki kami sekeluarga.. Tapi sampai bila nak cukup2 makan je kn?..nak jalan2 pun tak senang tak bebas. Syukur sangat-sangat Allah bukakan pintu hati lieya nak cuba buat biz Shaklee....jumpa my sifu dapat sesuatu yg terindah dari beliu...hati lebih tenang..buat biz sambil belajar amalan rohani...dulu berkira2 sekarang tak lag.
ALHAMDULILLAH....moga ramai lagi yg berjaya .Titik permulaan buat kami suami isteri melangkah lebih jauh lagi..moga urusan kami dipermudahkan walaupun banyak halangan... 
                                                  IN SYA ALLAH........


20 AMALAN MULIA YANG AKAN MEMBUKA PINTU REZEKI!!

AL – FATIHAH

Sebelum memulai 20 amalan mulia yang akan anda mulai sesudah  membaca amalan ini,
anda terlebih dahulu diharuskan untuk membaca Surah Al-Fatihah seperti di bawah setiap hari:
Dan setelah selesai membacanya,
Anda niatkan seperti di bawah:
(salin atau cetak & jadikan amalan setiap hari )
Ya Rabb… Ya Rabb… Ya Rabb…
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (ibu & bapa) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada diriku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada (Nabi Muhammad) Rasul ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kedua-dua (atuk & nenek) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada kesemua (Isteri/suami, anak, saudara-saudari kandung) ku,
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada seluruh umat Islam (yang hidup & yang telah mati),
aku hadiahkan khasiat Al-Fatihah ini kepada insan yang pernah mendidik ku,
berkatilah hidup mereka semuanya,
dan masukkanlah kami ke syurga-Mu dan kekalkan kami di sana,
payungilah kami dengan Rahmat-Mu kepada kami dari dunia sampai ke syurga,
dan kekalkanlah kami bersama keluarga kami di dalam syurga-Mu,
temukanlah kami semua dengan Nabi Muhammad di syurga-Mu Ya Allah,
aku telah bermohon pada-Mu tuhan ALAM SEMESTA,
makbulkan doaku ini,
jika tidak di dunia Engkau zahirkan, maka makbulkanlah di akhirat nanti,
SESUNGGUHNYA KAU TIDAK MEMUNGKIRI JANJI.

20 Amalan Mulia Pasti Membuka Pintu Rezeki Kita

Amalan 1.
Selalu Menyempatkan diri beribadah –

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:
Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku,
maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.
Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,
dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

Amalan 2.
Memperbanyak istighfar -
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,
yang menjadi sebab Allah merasa sayang  pada hamba-Nya,
lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar,
maka Allah S.W.T  akan menghapuskan segala kedukaannya,
menyelesaikan segala masalahnya,
dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)

Amalan 3.
Meninggalkan perbuatan dosa -
Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.
Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah,
Namun juga akan menutup pintu rezeki.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat at-Tirmizi)
Antara perbuatan dosa yang sehari-hari kita lakukan:
- Memandang aurat manusia – Mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet menggunakan papan keyboard)
- Berburuk sangka – Memandang rendah keadaan orang lain – Merasa diri lebih baik dan utama – buang sampah sembarangan atau keluar dari kendaraan – dan perkara2 yang anda pikirkan sebagai sesuatu yang jelek

Amalan 4.
Senantiasa ingat kepada Allah -
Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.
Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (yaitu Islam).
Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.”
(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)
Antara amalan mengingat Allah yang bisa kita lakukan:
- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak mesti gerakkan mulut)
- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda masing-masing)
- mulakan setiap 1 hal atau aktivitas dengan Bismillah (kalau anda mampu)
- dan apa saja perbuatan “baik” asalkan pikiran anda senantiasa mempunyai
“connection” dengan Allah tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah.

Amalan 5.
Berbakti dan mendoakan ibu bapa -
Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad,
Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,
agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya,
hendaklah berbakti kepada ibu bapaknya dan menyambung tali kekeluargaan.
Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapaknya,
maka kebahagiaanlah buatnya,
dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,
berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya,
niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “
(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

 Amalan 6.
Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -
Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga
menggembirakan dan membahagia orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,
melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.
Tunaikan atau Penuhi  Kebutuhan orang lain -
Menunaikan atau memenuhi kebutuhan atau keinginan  orang,
menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri,
seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)

Amalan 8.
Banyak bershalawat -
Ada hadist yang menganjurkan bershalawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,
kerana shalawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
shalawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,
shalawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a’lam.

Amalan 9.
Buat kebajikan sebanyak-banyaknya -
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “

Amalan 10.
Beraktivitas Sepagi mungkin –
Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,
berpagi-pagi (memulai aktivitas harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah)
adalah amalan yang berkat.

Amalan 11.
Menjalin silaturrahim -
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. “
(Riwayat Bukhari)

Amalan 12.
Membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu’ -
Seorang Arab badui menemui Nabi Muhammad s.a.w.
dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk minta dimurahkan rezeki
Nabi Muhammad s.a.w. pun bersabda:
“Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)
niscaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid)

Amalan 13.
Bersedekah -
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair,
ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,
yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,
niscaya Allah membanyakkan baginya.
Dan siapa yang menyedikitkan,
niscaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Amalan 14.
Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud) -
Hadits menunjukkan bahwa amalan solat tahajjud memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki,
menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan oleh Allah .

Amalan 15.
Membiasakan Solat Dhuha -
Waktu Solat Dhuha
- adalah 28 menit selepas waktu syuruk
- waktu syuruk = waktu terbit matahari
- waktu maksimum Dhuha ketika kurang lebih 15 menit sebelum masuk waktu dzuhur
Solat Dhuha lazimnya dilakukan disaat manusia sibuk dengan urusan dunia
Amalan ini mempunyai rahasia tersendiri yang Luar Biasa.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam,
jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang
(solat Dhuha),
nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Amalan 16.
Bersyukur kepada Allah -
Syukur artinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah .
Lawannya adalah kufur nikmat.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur,
niscaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,
dan jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras.”
(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)
Allah berfirman lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)

Amalan 17.
Amalkan zikir dan bacaan ayat Al-Quran tertentu -
Zikir dari ayat-ayat Al-Quran atau Asma’ul Husna (99 Nama Allah)
selain dapat menenangkan hati manusia,
malah dapat menjernihkan perasaan dan melunakkan hati,
amalan berzikir mengandungi fadilah khusus untuk
- keluasan ilmu
- terbukanya pintu hidayah,
- dimudahkan untuk memahami agama,
- diberi kemanisan iman
- dan dilapangkan rezeki.
Misalnya,
2 ayat terakhir Surah at-Taubah (ayat 128-129)
jika dibaca secara rutin 7 kali selepas solat fardhu,
dikatakan bisa menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah ,
al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika dibaca selalu;
misalnya dibaca
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang,
diiringi doa:
“Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan pengampunan-Mu,
ya Fattah ya ‘Alim.”
Ada juga hadis menyebut,
siapa amalkan baca Surah al-Waqi’ah setiap malam,
dia tidak akan ditimpa kefakiran & kemiskinan selagi dia hidup di dunia ini.
Wallahu a’lam.

Amalan 18.
Berdoa -
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya.
Dalam Al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
niscaya Dia akan kabulkan.
Nota:
- tanggungjawab manusia untuk selalu berdoa kepada Allah (jangan berhenti dari amalan ini )
- kehendak Allah untuk memakbulkan apa saja permintaan manusia
- gabungkan formula doa ini dan berdoa di waktu mustajab (pukul 2~3 tengah malam)
Inilah buktinya…
Allah berfirman lagi:
“…dan tuhanmu berfirman,
berdoalah kepada-Ku,
niscaya akan Ku-perkenankan bagimu…”
(Al-Quran, Surah Ghafir, Ayat 60 )

Amalan 19.
Berikhtiar setelahnya -
Siapa yang berusaha, dia akan dapat.
Ini sunnatullah.
Dalam 1 hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya,
tapi nikmat agama Islam hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja.
(Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang Islam yang beriman,
tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang bisa membawa kepada murah rezeki
dalam ruang lingkup yang lebih luas.
Misalnya,
Agar tenang saat membaca Al-Quran,
hendak dapat anak yang baik sehingga dididiknya sejak anak dalam kandungan,
hendak sehat maka dijaganya konsumsinya dan memakan makanan yang baik dan halal,
hendak dapat tetangga yang baik maka dia sendiri mesti berusaha jadi baik,
hendak dapat jodoh yang baik dia sendiri kena jadi baik terlebih dulu,
hendak rezekinya  berkat maka dijauhinya dari sumber yang haram,
dan sebagainya.

Amalan 20.
Bertawakkal -
Dengan tawakal,
seseorang itu akan dikaruniakan rasa kaya oleh Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah ,
niscaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”
(Al Quran, Surah At-Thalaq, Ayat 3)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,
nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki,
ia pada waktu pagi hari lapar namun petang hari ia telah kenyang.”
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua 20 amalan mulia yang telah disebutkan diatas,
adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa,
Allah akan memberi
“jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”
(Al-Quran, Surah At-Talaq, Ayat 2~3)
Pendek kata,
bagi orang Islam,
untuk murah rezeki dalam artikata yang sebenarnya,
kuncinya adalah berbuat amalan-amalan ketakwaan.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah,
lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya.
Selamat Beribadah
dan semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah,
dan mohonlah pada Allah,
supaya kita semua dapat berjumpa di SYURGA Allah,
bersama-sama kita semuanya kekal di sana,………..

 

Manfaat Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee

 

 

Chewable Vita C Shaklee kini sudah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Citrus Bioflavanoid Complex dan menjadi antara supplement vitamin C paling lengkap di pasaran. Kini nama baru Chewable Vita C adalah Chewable Vita C Plus.

Menariknya, manfaat vitamin c dalam Chewable Vita C plus ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia dari empat tahun dan ke atas, tetapi juga boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka atau sukar menelan tablet atau pil. 

Kalau saya, saya tiada masalah makan Chewable Vita C ni asalkan saya mendapat manfaat vitamin C daripadanya bernilai 500mg iaitu bersamaan 1 biji Sustained Release Vita C Plus. Tapi memandangkan stok Vitamin C Shaklee sudah kehabisan di semua rangkaian kedai Shaklee dan akan ada pada awal bulan 2013  sahaja.

Jangan kelam kabut atau risau ok!!

Ada alternatif lain. Anda boleh ambil 5 biji Chewable Vita C setiap hari iaitu bersamaan 1 biji SR Vitamin C Shaklee. Mungkin ada yang kata, tak bestnya kena makan banyak-banyak. Hakikatnya RASA OREN  SEMULAJADI Chewable Vita C Shaklee JAUH LEBIH SEDAPPPP dari SR Vitamin C Shaklee yang pahit sedikit.



Manfaat Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee setara dengan SR Vita C Shaklee

- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda



Yang Best Bila Orang Dewasa Makan Chewable Vita C Shaklee

- Rasa Chewabe Vita C tak pahit dan masam macam SR Vitamin C shaklee
- Boleh buka sebotol demi sebotol untuk menjaga KESEGARAN vitamin
- Boleh makan ikut pilihan masa sendiri (contoh 3 biji lepas sarapan, 2 biji lepas makan 
  malam)
- Boleh kongsi dengan anak-anak berusia empat tahun dan ke atas  juga ^__^

Ada orang kata kalau SR Vitamin C Shaklee dah habis lebih baik makan oren banyak-banyak  setiap hari. Pendapat itu bagus, tetapi sepatutnya mempelbagaikan jenis buah dalam diet harian anda dan mengambil supplement vitamin c  sebagai pelengkap manfaat vitamin c yang diperlukan oleh tubuh anda.

               

Harga Chewable Vita C Plus Shaklee

Harga Runcit (90 tablets /100mg)
Semenanjung Malaysia - RM37.50
Sabah & Sarawak - RM40.00
Caj penghantaran - RM10.oo (Semenanjung)
                                   RM20.00 (Sabah dan Sarawak)


Jangan segan-segan tanya pada saya untuk maklumat lanjut^_^

Harga : Mampu Milik! Tawaran istimewa.. Harga Istimewa! PM saya segera..
Hubungi 017-9095641(lieya) dan  Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!!!

Thursday, May 15, 2014

 Kulit berminyak,Berjerawat??

  

Assalamualaikum semua..hari ini lieya ingin kongsikan sedikit bagaimana nak mengatasi kulit bermasalah..Nk tahu RAHSIANYA?? Anda mesti selalu dengar, kebanyakan produk kecantikan di pasaran mengandungi Vitamin C dan VItamin E..Betul kan?

  Anda pernah terfikir tak mengapa vitamin c dan vitamin E begitu sinonim dgn kulit??


Vitamin-c dan vitamin-e adalah : ANTIOKSIDAN yang bagus untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. 

Diabad ini, kulit kita sering terdedah dengan pencemaran udara, pencemaran alam sekitar dan sinaran UV yang memancar terik. Masalah kulit berpunca daripada radikal bebas yang terhasil dari persekitaran yang kotor dan kerjanya merosakkan kulit kita. Disini lah antioksidan memainkan peranannya, bertindak memusnahkan radikal bebas yang menyebabkan kulit bermasalah seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan parut yang sukar hilang.

Shaklee menyediakan vitamin asas untuk kulit iaitu : 


  • B-COMPLEX : Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sekata. Vitamin B3 yang terdapat dalam B complex membantu melembapkan dan memberi perlindungan kepada kulit. Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit yang menyebabkan jerawat.
  • VITAMIN-C 500mg : antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
  • VITAMIN-E : Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Ia juga berfungsi meransang kelembapan kulit secara semula jadi dan menjaga keremajaan kulit.



Jom, saya kongsikan kegembiraan pengguna Set Skincare:




 





 Best kan? Jadi untuk mendapatkan kulit yang lembab, cantik dan bebas jerawat, anda patut dapatkan Set Skincare Shaklee..




Harga : Mampu Milik! Tawaran istimewa.. Harga Istimewa! PM saya segera..
Hubungi 017-9095641(lieya) dan  Juga TIPS EKSKLUSIF akan diberikan kepada  mereka yang membeli dengan saya sahaja!!!

BEZANYA VITAMIN SHAKLEE DENGAN VITAMIN LAIN DI PASARAN

ASSALAMUALAIKUM...

Apabila ada pelanggan yang ingin membeli @ bertanyakan mengenai supplement shaklee,pasti salah satu soalan mereka berkaitan antara perbezaan produk shaklee dengan vitamin jenama lain. Jawapan lieya mudah saja,memang vitamin shaklee berbeza dengan vitamin lain di luar or di farmasi,sebab vitamin shaklee merupakan vitamin semulajadi. Vitamin di pasaran adalah vitamin sintetik.

     Apa pula beza vitamin semulajadi dengan sintetik ini??
Vitamin @ suppelement @ makanan tambahan ini secara amnya ada 2 jenis,vitamin sintetik dan vitamin natural.


                                              perbezaan antara vitamin semulajadi dan sinteti



Penghasilan dan Kandungan Vitamin

Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa-apa bahan bagi menghasilkan asid askorbik.



                        Kandungan Omega Guard yang penuh dengan zat galian berbanding vitamin lain.
















Keserasian dengan badan
 
Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.








 Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik. Kebanyakan vitamin sintetik memberi kesan yang kurang bermanfaat, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

 

Harga
 
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan semulajadi yang kebanyakannya memerlukan kos bahan yang lebih tinggi. Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.







 Vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoids dan kandungan tablet yang lebih banyak daripada vitamin lain, namun dengan harga yang lebih murah





 Vitamin B Complex mengandungi jumlah kuantiti tablet yang lebih banyak daripada vitamin lain, namun dengan harga yang lebih murah.


Kesan kepada tubuh badan

Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.



         Kandungan ESP yang memberi protin kepada tubuh badab dan menyebabkan kita kurang berasa lapar


Kesan jangka panjang

 
Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.



                    Vitamin C yang terhasil dari sumber semulajadi mampu melawan penyakit kritikal



Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Secara fizikalnya, macam mana hendak bezakan antara vitamin semulajadi atau vitamin sintetik ? Senang sahaha, anda cuma perlu lihat ke dalam botol, vitamin sintetik dalam botol ada SILICA ACID.

Jadi apa kata anda beralih kepada vitamin semulajadi kerana sudah terbukti dapat memelihara kesihatan optimum yang berpanjangan untuk anda dan orang tersayang.

Bagi anda yang ingin lebih tahu khasiat Shaklee dengan lebih lanjut boleh hubungi saya di:


 sms/whatsapp ~ 017-9095641
FB; https://www.facebook.com/zalyana.amiera
page :  https://www.facebook.com/pages/green-vitamin/