Tips Persediaan Dalam Penyusuan
Malam ni lieya nak terangkan beberapa tips persediaan yang perlu ibu-ibu tahu sebelum menjayakan penyusuan.
1. Breast pump
Terdapat pelbagai pilihan breast pump di pasaran. Ada yang murah
dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Ada yang berfungsi secara
manual, bateri dan/atau elektrik. Ada pula yang hanya boleh mengepam
sebelah payudara dalam satu masa dan ada juga yang boleh melakukannya
kedua-dua belah payudara sekali dalam satu masa.
Pemilihan breast pump adalah mengikut citarasa dan kesesuaian
ibu-ibu. Sepanjang saya menyusukan anak ke 2 saya, saya menggunakan
Brand Medela Free Style (bateri & elektrik) dan Medela Harmony
(Manual).
2. Bekas penyimpanan susu perahan
Susu perahan / EBM (express breast milk) boleh disimpan didalam bekas simpanan seperti berikut:
· Bekas plastic atau botol susu bebas BPA (Bispenol-A).
· Breast milk storage liners yg memang dikhususkan untuk penyimpanan perahan susu ibu.
· Bekas dadih-ianya hanya boleh digunaan sebanyak 3 kali sebelum dibuang.
Tips :
Ibu-Ibu hendaklah memastikan bekas penyimpanan yang hendak diguna dibersih, disteril, dan dikeringkan terlebih dahulu.
3. Melabel EBM
Perahan susu ibu yang disimpan di dalam bekas haruslah dilabel
sebelum di simpan di dalam freezer. Label setiap bekas mesti mempunyai
butiran seperti berikut :
- Tarikh perahan (guna susu yg terdahulu)
- Waktu perahan (guna susu yg terdahulu)
- Kuantiti susu yg diperah
- Nama bayi (penting dilabelkan sekiranya bayi diletakkan di nurseri/pengasuh/pusat jagaan harian.
Tips :
Berapa oz untuk satu bekas penyimpanan bergantung kepada berapa
banyak bayi minum untuk satu sesi. Kebiasaannya, kita galakkan menyimpan
secara 2-3 oz untuk satu bekas penyimpanan. Jadi, apabila telah
dicair/atau dipanaskan, tidak akan membazir untuk baki yang tidak
diminum.
4. Tempat Penyimpanan EBM
Pada suhu bilik
Jika bilik tidak ber air cond (25ºC – 35ºC), disarankan tidak melebihi dari 4 jam.
Jika bilik ber air cond (15ºC – 25ºC), boleh sampai 6-8 jam.
Fridge/Freezer
Tips :
· Susu yg dicairkan tidak boleh dibekukan semula.
· Susu yg dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.
· Untuk memanaskan susu yang telah dicairkan di dalam peti
sejuk, hendaklah menggunakan warmer atau air suam. TIDAK BOLEH
dipanaskan di dalam microwave atau air yang sedang mendidih.
· Susu yang telah dipanaskan, boleh tahan selama lebih kurang 1 ke 2 jam.
5. Cara penyimpanan
Cara penyimpanan susu perahan adalah seperti berikut:
Di pejabat
· Simpan susu yg diperah dibahagian bawah peti sejuk bukan di bahagian beku.
· Ini adalah bertujuan untuk memelihara kehilangan antibodi
akibat pembekuan. (susu ibu yg dibekukan jauh lebih baik lagi dari susu
formula kerana susu ibu mengandungi antibodi.
· Jika tiada kemudahan peti sejuk di pejabat, anda bolehlah menyimpannya di dalam cooler bag yang berisi pek ais.
Di rumah
· Simpan sebanyak mungkin susu perahan di bahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
· Ini adalah kerana susu perahan yg disimpan di bahagian
bawah peti sejuk akan digunakan sebagai bekalan oleh bayi untuk kegunaan
hari esok. Oleh itu bayi akan mendapat fresh EBM.
· Manakala susu perahan yg disimpan di bahagian beku akan menjadi stok simpanan susu ibu.
Contohnya,
Andai kata 1 hari bayi anda minum sebanyak 4 botol susu. Jika
sehari anda Berjaya memerah sebanyak 4 botol susu ibu semasa bekerja,
apabila sampai di rumah , simpan 3 botol susu perahan tadi di bahagian
bawah peti sejuk dan baki 1 botol di bahagian beku untuk simpanan stok.
Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM simpanan stok yg bertarikh paling
lama dan letakkan di bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan bagi
kegunaan esok hari. Dengan cara ini anda masih lagi dapat memberikan
fresh breast milk (nisbah 3 : 1 iaitu 3 botol fresh milk kepada 1 botol
susu dibeku) kepada bayi anda walaupun anda bekerja.
Peringatan!
- Jangan simpan susu perahan dibahagian pintu peti sejuk kerana
suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan
menutup pintu peti sejuk).
Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam peti sejuk tersebut kerana suhunya lebih stabil.
- Jangan penuhkan bekas susu perahan sehingga mencecah kepada penutupnya.
Tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Sekian dahulu untuk waktu ini..
Salam Sayang,

No comments:
Post a Comment