8 Cara Mudah Kuruskan Badan Dengan Berkesan
Apakah anda masih kekal gemuk walaupun anda dah cuba pelbagai cara untuk kuruskan badan?
Biar saya beritahu anda satu rahsia:
Jangan
harap anda nak kurus kalau anda tak tahu 8 cara asas untuk kuruskan
badan anda. Malah, jika anda betul-betul amalkannya, anda akan kurus
dengan berkesan!
Bagaimana? Teruskan bacaan anda...
Saya akan senaraikan kesemua 8 cara mudah tersebut seperti berikut:
1. Kawal Pemakanan Anda
Pastikan anda berhenti sebelum anda rasa kenyang atau terlalu kenyang.
Tahukah
anda, setiap lebihan makanan/ kalori yang anda makan akan bertukar
menjadi LEMAK jika ia tidak dibakar melalui aktiviti harian anda.
Fakta: Setiap lebihan 8000 unit kalori dalam badan, berat badan anda akan naik 1KG!
2. Kurangkan Karbohidrat, Lebihkan Protein
Untuk
pengetahuan anda, pengambilan karbohidrat dalam kuantiti yang banyak
akan menggemukkan badan anda. Malah karbohidrat hanya memberikan kesan
kekenyangan yang sementara (2 jam sahaja) dan kemudian anda akan berasa
lapar semula.
Protein pula lebih cepat mengenyangkan serta rasa kenyang itu bertahan lebih lama.
Jika
anda kurangkan karbohidrat (ambil portion kecil sahaja), badan anda
akan membakar lemak anda sebagai sumber alternatif bagi membekalkan
tenaga kepada anda setiap hari. Oleh itu, badan anda akan kurus dan
langsing!
3. Jangan Berlapar! (Jaga Waktu Makan Anda)
Jangan
lupa mengambil sarapan kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisma
badan anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat!
Makan setiap 2 jam dan selangkan dengan snek ringan supaya anda tidak berasa terlalu lapar.
Kadar
metabolisma badan anda telah menurun selepas 7.00 malam. Setiap makanan
yang diambil selepas itu akan dicerna dengan perlahan dan menyebabkan
kegemukan.
Jadi, pastikan anda berdiet TANPA berlapar. Bagaimana?
4. Elakkan/ Kurangkan Minuman Bergula dan Berkafein
Contoh
air bergula adalah air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini
adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan
gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan
mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein
pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya
gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin
daripada badan anda.
5. Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari
Air
kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan
badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas
(2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat
menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda.
Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan
perpeluhan.
6. Lakukan Aktiviti Fizikal/ Senaman Ringan
Anda
digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal yang ringan (30 minit)
setiap hari untuk bakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara
yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut)
selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan
sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan
perut anda.
Selain itu, apalah salahnya jika sekali- sekala anda
menggunakan tangga jikaoffice/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah,
anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping,
sambil kurus!
7. Pilih Program Diet/ Kuruskan Badan Yang Terbaik
Perhatian:
Jangan sesekali membuang duit anda di slimming center. Anda jejakkan
kaki sahaja ke dalam pejabat mereka, anda perlu bayar RM300 hanya untuk
mendapatkan consultation/ khidmat nasihat mereka.
Jika anda fikir
mesin-mesin mereka boleh menguruskan badan anda, anda silap! Akhirnya,
anda akan diberikan suatu jadual pemakanan yang sangat ketat sehinggakan
salah satu menu anda adalah satu batang lobak untuk waktu petang!
Anda
boleh rujuk blog saya untuk mendapatkan program diet yang benar-benar
berkesan, semulajadi dan tidak membebankan. Malah, ia mengikut kesemua 8
cara mudah untuk kuruskan badan dengan berkesan yang saya senaraikan di
sini.
8. Positifkan Diri Anda
Akhir sekali, anda buatkan
satu target yang ingin anda capai seperti berapa berat yang ingin anda
capai dalam jangka masa tertentu. Kemudian, disiplinkan diri anda untuk
mengikut perancangan yang telah dibuat.
Timbang berat badan anda
maksimum sekali sahaja dalam seminggu. Ini untuk mengelakkan anda kecewa
jika tiada penurunan berlaku. Iyalah, anda takkan nampak kesannya dalam
sehari!
Jika anda positifkan diri, anda akan menghasilkan result yang positif!
Semoga Berjaya!
No comments:
Post a Comment